Anak Jati Johor

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Kepada semua pembaca sekalian, terima kasih kerana anda sudi melayari laman blog Anak Jati Johor.
Dalam blog ini, saya akan berkongsi bersama anda sedikit ilmu pengetahuan yang mungkin anda boleh gunakan apabila diperlukan nanti. Diharapkan kita akan sama- sama dapat mempelajari dan berkongsi maklumat yang berguna ini.
Sekian, selamat membaca dan salam 1 Malaysia.

Tuesday, June 29, 2010

KATEGORI WAYAR/ WARNA WAYAR BAGI PENDAWAIAN SATU FASA (SINGLE PHASE)










Kategori wayar dan warna wayar adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum seseorang itu menjalankan kerja- kerja pendawaian elektrik, sekiranya penyambungan wayar silap dilakukan ianya akan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik atau litar pintas akan berlaku. Pendawaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu Pendawaian Satu Fasa (single phase) dan Pendawaian Tiga Fasa (Three Phase). Kaedah Pendawaian Satu Fasa sesuai digunakan untuk bangunan kecil yang tidak menggunakan peralatan elektrik yang banyak dan tidak memerlukan bekalan elektrik yang tinggi antaranya seperti rumah, pejabat kecil dan kedai. Manakala kaedah Pendawaian Tiga Fasa kebiasaannya digunakan bagi sebuah bangunan yang besar antaranya seperti sekolah, universiti, bangunan pejabat dan masjid.
Bagi Pendawaian Satu Fasa (single phase), wayar asas pendawaian terbahagi kepada tiga jenis.
* Tiga wayar asas tersebut adalah:
a) Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Neutral
c) Wayar Bumi (Earth)

Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai warna yang berbeza. Ini bertujuan agar ketiga- tiga wayar ini dapat dibezakan bagi mengelakkan berlaku kesilapan semasa membuat penyambungan pada pendawaian.
* Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah :
a) Wayar Merah/ Coklat - Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Biru/ Hitam - Wayar Neutral
c) Wayar Hijau/ Hijau jalur kuning - Wayar Bumi (Earth)

Perlu diingat, setiap jenis wayar hanya boleh disambung dengan jenis wayar yang sama sahaja. Pastikan langkah- langkah keselamatan dipatuhi semasa membuat kerja pendawaian dan elakkan kecuaian.




SIMBOL KESELAMATAN

















Simbol Keselamatan merupakan satu tanda peringatan yang amat penting dan perlu dipamerkan di dalam bengkel atau tempat kerja. Dengan adanya simbol- simbol keselamatan ini, risiko berlaku kemalangan di tempat kerja dapat dikurangkan. Setiap simbol yang dipamerkan mempunyai makna tertentu dan bersesuaian mengikut tempat/ bengkel. Kebiasaan simbol yang banyak dipamerkan adalah dari kategori pakaian keselamatan seperti pelindung mata, pelindung muka, pelindung telinga, topi keselamatan, kasut keselamatan dan baju keselamatan.

Kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri dimana mangsa tidak mematuhi arahan- arahan keselamatan dan papan tanda keselamatan yang dipamerkan. Akibat kecuaian ini ada mangsa yang mengalami kecederaan parah, hilang anggota badan dan ada yang kehilangan nyawa. Perlu diingati, kejadian yang tidak diduga ini boleh berlaku pada bila- bila masa sekiranya ada kecuaian dilakukan oleh seseorang individu/ pekerja.

Simbol -simbol keselamatan yang ada digunakan adalah simbol yang sama dan standard digunakan di semua sektor industri. Simbol keselamatan yang dipamerkan perlulah jelas dan mudah difaham oleh siapapun yang melihatnya.
Terdapat pelbagai jenis simbol yang digunakan antaranya adalah
:
i ) Dilarang Masuk
ii ) Awas!!
iii ) Safety First, Work Safely
iv ) Dll;

Oleh itu, semua pihak perlu sedar dan peka terhadap kepentingan simbol- simbol keselamatan ini. Sentiasalah patuh dengan arahan- arahan keselamatan dan simbol keselamatan yang anda lihat bagi menjamin keselamatan diri anda sendiri.