




Kategori wayar dan warna wayar adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum seseorang itu menjalankan kerja- kerja pendawaian elektrik, sekiranya penyambungan wayar silap dilakukan ianya akan menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik atau litar pintas akan berlaku. Pendawaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu Pendawaian Satu Fasa (single phase) dan Pendawaian Tiga Fasa (Three Phase). Kaedah Pendawaian Satu Fasa sesuai digunakan untuk bangunan kecil yang tidak menggunakan peralatan elektrik yang banyak dan tidak memerlukan bekalan elektrik yang tinggi antaranya seperti rumah, pejabat kecil dan kedai. Manakala kaedah Pendawaian Tiga Fasa kebiasaannya digunakan bagi sebuah bangunan yang besar antaranya seperti sekolah, universiti, bangunan pejabat dan masjid.
Bagi Pendawaian Satu Fasa (single phase), wayar asas pendawaian terbahagi kepada tiga jenis.
* Tiga wayar asas tersebut adalah:
a) Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Neutral
c) Wayar Bumi (Earth)
Setiap jenis wayar yang digunakan dalam kerja pendawaian mempunyai warna yang berbeza. Ini bertujuan agar ketiga- tiga wayar ini dapat dibezakan bagi mengelakkan berlaku kesilapan semasa membuat penyambungan pada pendawaian.
* Kategori wayar mengikut warna tersebut adalah :
a) Wayar Merah/ Coklat - Wayar Hidup (Life)
b) Wayar Biru/ Hitam - Wayar Neutral
c) Wayar Hijau/ Hijau jalur kuning - Wayar Bumi (Earth)
Perlu diingat, setiap jenis wayar hanya boleh disambung dengan jenis wayar yang sama sahaja. Pastikan langkah- langkah keselamatan dipatuhi semasa membuat kerja pendawaian dan elakkan kecuaian.