Anak Jati Johor

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Kepada semua pembaca sekalian, terima kasih kerana anda sudi melayari laman blog Anak Jati Johor.
Dalam blog ini, saya akan berkongsi bersama anda sedikit ilmu pengetahuan yang mungkin anda boleh gunakan apabila diperlukan nanti. Diharapkan kita akan sama- sama dapat mempelajari dan berkongsi maklumat yang berguna ini.
Sekian, selamat membaca dan salam 1 Malaysia.

Monday, July 5, 2010

FIUS (FUSE)








Fius yang boleh didawaikan semula (Rewireable fuse)









Fius Kartrij (Catridge Fuse)









Fius Kapasiti Pemutus Tinggi (High Rapturing Capacity Fuse)


Istilah- istilah yang berkaitan dengan fius :
i) Elemen fius - adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang berlebihan mengalir melaluinya.

ii) Arus Nominal - ialah arus maksimum yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen fius.

iii) Arus fiusan - ialah arus minimum yang boleh mencairkan elemen fius.

iv) Faktor fiusan - ialah nisbah arus fiusan dengan kadaran arus.

JENIS- JENIS FIUS.
Terdapat 3 jenis fius yang biasa digunakan sebagai alat perlindungan arus lebihan mengikut piawai British (BS). Ketiga- tiga jenis itu ialah :
i) Fius yang boleh didawai semula, BS 3036
ii) Fius kartrij, BS 1362
iii) Fius kapasiti pemutus tinggi, BS1361 dan BS 88


FIUS YANG BOLEH DIDAWAI SEMULA (REWIREABLE FUSE)
Fius yang boleh didawai semula (BS3036) biasanya digunakan di pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di perindustrian.

Ciri- cirinya :
1. Terdapat daripada dawai elemen yang disambung dalam satu penghubung fius yang boleh dikeluarkan daripada tapak fius.
2. Dawai elemen fius diperbuat daripada aloi iaitu campuran timah plumbum atau daripada jenis kuprum tulen. Ianya boleh ditukar sekiranya elemen putus.
3. Arus nominal bergantung pada saiz dawai elemen fius.

Kebaikan :
a) Dawai fius elemennya paling murah jika dibandingkan dengan alat perlindungan yang lain.
b) Senang ditukar ganti.

Kekurangan :
a) Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat.
b) Mungkin diganti dengan saiz elemen fius yang salah.
c) Kapasiti pemutusan rendah dan akan merosot.


FIUS KARTRIJ (CATRIDGE FUSE)
Fius kartrij biasanya digunakan di dalam palam (plug) 13A bagi alat perkakas elektrik atau bagi melindungi meja makmal dari arus lebihan. Ia juga boleh dianggapkan sebagai fius tambahan daripada fius dalam papan agihan.

Ciri- cirinya :
1. Terdiri daripada satu tiub yang diperbuat daripada kaca atau seramik ataupun tembikar.
2. Arus nominal fius ialah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A, 1A, 2A, 3A, 5A dan 13A.
3. Faktor fiusan adalah dalam kelas Q1 dan Q2. Q1 iaitu diantara 1.25 hingga 1.5 kali. Q2 iaitu diantara 1.5 hingga 1.75 kali.

Kebaikan :
a) Kadar arus nominalnya diketahui dengan tepat.
b) Kapasiti pemutusan tidak merosot.
c) Dapat mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.
d) Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu.

Kekurangan :
a) Elemen fius putus keseluruhan kartrij tidak boleh digunakan.
b) Pemegang fius hanya sesuai dengan saiz kartrij yang tertentu.


FIUS KAPASITI PEMUTUS TINGGI (HIGH RAPTURING CAPACITY FUSE)
Fius kapasiti pemutus tiunggi (BS1361, BS88) digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Pada kebiasaannya fius ini mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi.

Ciri- cirinya :
1. Terdiri daripada satu tiub seramik dengan penutup hujungnyadiperbuat daripada logam. Bagi fius jenis BS88 ia mempunyai tapak penyambung.
2. Dawai elemen fius diperbuat daripada jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk mineral.
3. Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
4. Arus nominal fius iaitu BS1631 ialah 5A, 15A, 20A, 30A, 45A, 60A, 80A dan 100A. Manakala arus nominal fius iaitu BS88 ialah 6A, 16A, 25A, 40A, 63A, 100A, 160A, 250A, 400A dan 630A.

Kebaikan :
a) Dapat mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.
b) Dapat mengawal arus tinggi.
c) Dapat diskriminasikan arus.
d) Kapasiti pemutusan tinggi.
e) Mempunyai tanda pemutusan.

Kekurangan :
a) Paling mahal.
b) Mengambil masa untuk mengganti fius yang baru.
c) Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu.