Anak Jati Johor

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Kepada semua pembaca sekalian, terima kasih kerana anda sudi melayari laman blog Anak Jati Johor.
Dalam blog ini, saya akan berkongsi bersama anda sedikit ilmu pengetahuan yang mungkin anda boleh gunakan apabila diperlukan nanti. Diharapkan kita akan sama- sama dapat mempelajari dan berkongsi maklumat yang berguna ini.
Sekian, selamat membaca dan salam 1 Malaysia.

Monday, July 5, 2010

SUIS










Suis adalah satu alat mekanikal yang boleh memutus , membawa dan menyambung arus litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawaian suis yang digunakan di pemasangan domestik mengikut piawai British (BS) ialah BS3676. Suis yang digunakan di dalam sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal. Terdapat pelbagai jenis kutub tunggal yang digunakan ketika ini yang berbeza- beza dari segi bentuk, kawalan dan sebagainya.
Diantarnya adalah seperti berikut :
a) Suis sehala
b) Suis dua hala
c) Suis perantaraan

Struktur Binaan Suis.
1) Badan dan penutup suis mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan tahan daripada arus beban yang mengalir melaluinya. Biasanya bahan yang digunakan ialah daripada jenis baklit.
2) Terdapat dua atau lebih terminal (bergantung kepada jenis suis) bagi punca sambungan diantara pengalir fasa bekalan dan beban.
3) Kendalian pemutusan suis terdiri daripada dua jenis iaitu sambung dan putus cepat (quick make and break) dan celah mikro.

Pemutus secara sambung dan putus cepat.
Tangkai toggel suis dapat dikendalian dengan cepat dan pantas. Tujuannya untuk mengelakkan terbentuknya arka ketika pemutusan dijalankan. Suis jenis ini biasanya ketika menutup dan membuka akan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Pemutus secara bukaan celah micro.
Tangkai toggel suis hanya membuka sesentuh dengan jarak yang kecil iaitu 6mm dan cara ini hanya sesuai untuk kawalan litar arus ulang alik. Suis jenis ini dikendalikan dengan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.

Jenis bentuk badan suis adalah seperti berikut :
a) Jenis permukaan (tumbler dan flust ivory).
b) Jenis semi tersembunyi.
c) Jenis tarik atau siling.
d) Jenis khusus untuk pemasangan dalam sistem konduit.